<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3504496018675322243\x26blogName\x3dmy+incomplete+story.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://aimanhanis.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aimanhanis.blogspot.com/\x26vt\x3d8355542170347367012', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Why?
Wednesday, 11 October 2017 0 comments



Rasa macam ambik kesempatan. Rasa mcm bodoh sangat.

Ayat tu aku taktau nak cakap kat sapa. Ya ak mengaku ak pernah dapat ayat tu. Disebabkan kebodohan aku perangai cilaka aku tu. Memang padan dengan muka aku. Tapi makin hari makin ak tak faham. Well, aku mengaku aku memang bodoh. Sebab ramai dah cakap.

Jangan jadi bodoh sangat
Bodohlah.
Bodoh tu simpan sikit.

See. Malas nak mention. Aku tak jahat sangat sampai nak bukak aib orang. Naa. Aku pun pernah cakap dekat orang benda yang sama. Mybe ni ' kifarah ' mungkin. Kadang kadang sedih. Kadang kadang tak faham dengan diri sendiri. Aku nak memberontak. Tak boleh. Masalah aku sekarang makin complicated. Taktau nak start macam mana. Nak habiskan lagi ak taktau.

Banyak kali merapu. Banyak kali menipu. Banyak kali mengarut. Banyak kali ulang benda yang sama. Tu aku. Bukannya tak boleh berubah. Cuma boleh. Tabiat pendam tu aku tak boleh nak buang. Tetap jadi habit aku. Hobi aku. Sebab dah terbiasa kan. Ada benda aku tak dapat bagitahu. Bukan apa, takut kau punya jawapan lagi menyakitkan.

Aku tak faham. Aku pelik. Kenapa aku rasa makin hari makin takut. Takut dengan bayang bayang aku sendiri.

Kau boleh. Kau je buat payah. Patutnya senang je.

Aku buat payah? Sedangkan nak terima kenyataan apa yang jadi kat family aku sekarang ni pun susah kau boleh cakap aku buat payah? Sayang aku ni memang takde nilai. Tu makin hari orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Benda baru jadi pastu suruh lupakan je. Ya allah. Sakit tu tak boleh bayang. Cuba kau kat tempat aku. Boleh hidup ke?

Aku kadang kadang pernah fikir nak lari dari sini. Nak lari dari semua masalah. Tapi aku fikir balik. Aku ada lagi orang yang aku sayang. Orang yang sayang aku. Takkan aku nak biarkan diorang macam tu. Even aku kejam aku hina sekalipun aku cuba untuk hidup macam orang biasa. Pernah dengar en kalau lari dari masalah tak dapat apa pun. Lagi terukkan keadaan adalah.

Kadang kadang aku rasa aku diambil kesempatan. Aku taknak mention kat sini. Sakit gila bila fikir. Lagi sakit nak tengok perkataan tu kat sini. Aku sentiasa positif. Selalu. Tak pernah pun negatif. Mungkin apa yang kau cakap tu betul. Aku cuba belajar faham tentang diri kau. Cara kau. Even kadang kadang sakit.

Sekarang, hari demi hari aku cuba ikhlaskan apa yang aku dah bagi. Aku cuba ikhlaskan benda yang selalu aku fikirkan tu. Aku tahu. Ini semua sementara. Kita ikut je la selagi mampu. Bak kata kau. Its temporary. Aku cuba sembuhkan luka ak sendiri. Cuba selalu bersangka baik. Kau jugak yang ajar aku. Tapi, kalau satu hari nanti, aku tiba tiba jadi keras hati. Tiada perasaan. Tolong salahkan diri aku. Aku yang nak. Sebab manusia mana je tak rasa penat? Sekian.