<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3504496018675322243\x26blogName\x3dmy+incomplete+story.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://aimanhanis.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aimanhanis.blogspot.com/\x26vt\x3d2408252855250692602', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Back.
Tuesday, 30 June 2015 0 comments




Assalamualaikum dan salam petang. nak story mory tak boleh rasanya. busy memanjang. memang busy. dari awal tahun sampai sekarang. sebab? spm katekoo. hahaha. okay, ini pun curi curi ambik masa sebab jari ni dah lama tak menari kat macam dulu dulu. tapi perut hmm. almaklumlah sekarang mood puasa. and tak lama lagi raya. and and tak lama lagi trial lepas tu spm and freedom. hahahaha. already miss this blog. nak buat cemna. masa takde. so, ai nak repeat balik sepanjang 2015 apa yang dah terjadi sampai sekarang. 

first, awal bulan. busy dengan kawad kaki. yang aku ingatlah unit aku paling awal training. tutaptuptap dapat no 3 and 2 jugak. sebabnya? ada budak yang berlagak bagus buat salah. dah buat salah tak reti minta maaf pulak tu. uish kaki ai rasa nak naik tapi fikir anak orang je. dia memang punca. ai target tahun ni nak kalahkan musuh dalam selimut tapi i can't :( tapi tapi tapi and dalam banyak tapi ai jadi ketua platun terbaik wok. hahahaha. kau hade? dapat piala besar kepala jadi aa jugak. 


second, hari sukan. setiap tahun kalah and setiap tahun jugak sedih. latihan punya latihan makin hari makin okay, tapi tiba je hari pertandingan budak budak buat hal. dengar cerita malu nak lari, malu nak masuk. kalau malu baik tak payah masuk. buat susah orang je. kalau boleh tahun ni, aku nak kaut semua boleh menang. tapi apakan daya, kita merancang Allah tentukan. 


third, ai dapat pergi kem kebangsaan di sabah. Ya Allah gembira tu tak boleh kabo lah. ai memang excited noharommmmm ai act, dari kontinjen perak. sebelum pergi sabah, first, we olls dapat latihan pusat dalam 3 hari cemtu. sebelum tu cuti. ai tak tau pape, sampai wasap fiza, kabonye lusa latihan pusat kat batu gajah, ai tak senang duduk. dengan baju tak prepare apa lagi. borang tak isi apa lagi. bercuti je seronok. bukak je sekolah cikgu mintak hantar esok ini itu and sis tak kuat masa tu. hahaha. lepas habis je latihan pusat, tunggu hari pergi sabah. tapikan, ai lepas pergi latihan tu, ai demam. taktau kenapa. excited nak pergi kot. okay tak. dalam masa tunggu hari nak pergi sabah tu, cikgu kata ada latihan pusat lagi. hah kau, tak boleh buat apa lah. apa yang ai tak boleh lupa, ai paling besar sekali bawa beg. sampaikan ada jurulatih kata ai nak pindah kk ke? jahat u. heh

habis latihan tu, pagi tu kami terus gerak airport klia2. sampai sana saja terus perangai macam rusa masuk kampung tahu? hahaa peghak habis deh deh. tapi nasib fiza orang sabah bah, so dia boleh tahu selok belok klia2 tu. ai? ai first time jejak kaki situ uolls. sedihh xD naik flight tak fikir panjang, doa banyak banyak moga Allah mudahkan semuanya. alhamdulillah. Semuanya okay. tapi yang ai tak boleh blah sangat, kontinjen kami memang semua tunjuk perangai first time tu. sekali dengan fiza semua dia nak sentuh. pramugari takyah kabo. habis cun. nasib ai girls. kalau laki mcm kawan ai, tak habis pandang atas bawah. astagfiruallah. haha. ai usha pramugara je. memang time tu sis tak kuat.

sampai saja di sabah, tuan yazid dan leading dexter tunggu kami depan airport. sungguh ku terharu dan pilu. diorang memang de best coach ever. kami sampai pangkalan kk malam. tapi ikutkan masa kat situ baru 7.30 tapi waktu dah macam pukul 10. masa dalam bus pula ai rasa macam dalam drama tv3. ai tertidur atas bahu sape ntah. sedap je landing. sebelah ai pulak biarkan. katanya rezeki. ai rasa terharu bila masa tu diselimutkan, patut je ai rasa sedap tidur. bangun je tengok dia sengih. dengan speck ai pun dia tolong bukakkan. membahang muka time tu uolls. rasa nak berlari balik perak pun hade. tapi takpe, dia junior ai. hehehehehe.  turun je dari bus,  rasa banduan keluar dari penjara. semua duk usha atas bawah. aku ndak tahu salam di mana bah. pakaian kami kot. hahaha. 

sepanjang ada kat sana, boleh jugak nak kata mental kami ndak kuat. eceh sabah. kadang kadang ada problem dengan team laki. kadang kadang tak sefahaman. but the most important, deme semua caring habis habisan. walaupun ai terikat tanggungjawab dengan leader perak paling kerek nak mampus. ai salah apa sampai taknak tegur. tapi last last kem baru lah nak bertegur. lepas ai tegur lah, itupun tegur macam ye taknak saja.
tapi kem tu sedih jugak. junior ai, ashraf zharif dia kene tahan kat wad. so, last day kami enjoy dia takde. dia terbaring kat hospital. ai sedih u. kami sedap makan kfc dia pulak lemah terbaring. dia pernah bagitahu nanti jalan dia nak borong banyak but tak. itu semua niat je. dah jadi nak buat cemna. semua kontinjen dah balik just sabah, kelantan and kami je belum. Jpn bagi extra day cuti. nak berhuhuhuhahaha kat sabah. nak pergi gunung kk tak boleh, time tu hujan. so, pergi lah merayau kat mana. ai lupa u. 

last day, semua pakat diam. ai pun samaa. serious kalau boleh ai nak putar balik masa. ai tak nak balik. tapi nak buat cemna? ada benda yg tunggu ai. exam. hahahahaha. dah habis letak barang semua. kami tunggu. patutnya flight pukul 10 tapi kena delay sampai kul 12. reput kejap dekat terminal kk tu. lepak kfc. sembang kosong. rindu sana sini. ingat balik benda yang jadi. time tu ai memang sedih gila. sebelum naik flight, leading dexter mintak balik. dia kata dia ada hal. ai time tu nak nagis rasa. dahlah lama tak jumpa. 5 hari je. mana cukup :( balik tu leading cakap good luck exam. ai terharu kejap. ai and last tu, ai salam leading. leading nak nangis tapi dia tahan. dia usap kepala ai. aduh sis tak kuaaatttt :( habis je drama tu naik flight terus pergi kl. sampai kl petang. tunggu bas. haih, dalam bas tu lah macam macam fikir. dalam bus deme nyanyi, minta maaf bagai. ai pulak just bersuka ria saja sampai ai terlelap. and, ai sedar, ai orang last turun bus. dah sampai pun ipoh. turun saja bus ai nampak cikgu, awal beno datang. ai tengok semua. semua buat air mata. time tu mamai lagi. tapi bila fiza tegur cikgu nak balik, time tu jugak air mata turun bagaikan air terjun. ai tak pernah menangis cemtu sekali nok. hahahaha. ai siyes sedih. tak boleh tengok muka diorang. and azrai, mintak tukar topi. ai terharu, lagi nak menangis. macam macam ucapan ai dengar. lagi tersedu sedu ai menangis. itu memang kenangan paling indah aa. first time ai naik flight. kontinjen perak jugak masih bertahan kejuaraan. kenangan paling indah. 


Ai rindu kontinjen perak. ai rindu cikpah, rindu azrai rindu semua.