<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3504496018675322243\x26blogName\x3dmy+incomplete+story.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://aimanhanis.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aimanhanis.blogspot.com/\x26vt\x3d8355542170347367012', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
{2}
Friday, 25 November 2016 0 comments




*Bila hati aku memberontak.


Untuk kesekian kalinya aku mengeluh, soalan yang menerjah di kepala sukar untuk dijawab. kenapa lelaki itu muncul dalam hidup aku? kenapa? Dan tiba tiba perasaan menyesal datang menyibuk di hati. aku menyembamkan muka ke bantal sambil menjerit sepenuh hati. begitu susah untuk lupakan lelaki itu. aku berpaling menghadap siling. melihat putaran kipas dengan pandangan yang kosong. 

" sebelum ni aku tak pernah jadi macam ni." ujarku sendiri.

ya. sebelum ini aku tidak pernah menjadi sebegini rupa. Aku dulu senang lupakan kenangan. senang lupakan orang yang pernah aku sayang. Tapi aku paling susah untuk lupakan kesalahan orang. susah lupakan orang yang aku benci. 

"aku benci dia ke?" tanyaku sendiri.

Aku terdiam sebentar. mencari jawapan untuk soalan yang aku nyatakan tadi. Lama. dan akhirnya tiada jawapan. 

" kau tak benci dia, kau sayang kat dia lagi" ujarku.

Aku melopong. kenapa aku rasa senang saja mulut aku menyebut perkataan itu? sekali lagi, cuba bertanya kepada hati tentang ayat yang aku katakan tadi. aku mengeluh. mataku berair. aku cuba tersenyum.

" ye. memang aku sayangkan kau lagi. mulut je kata tak tapi hati? aku rindukan kau. " aku tersenyum nipis.

" aku pun tak faham dengan hati sendiri. apa yang dinyatakan kat mulut langsung tak sama dengan apa yang dikatakan oleh hati" sambung aku.

Aku meraup muka. cuba mencari kekuatan. cuba untuk melupakan kesakitan itu. sekejap pun jadi lah. aku melihat jam di dinding. tepat pukul 5 petang. aku tersedar.

"astagfiruallahalazzim" ucapku panjang.

aku terlalu leka. terlalu alpa dengan perasaan sendiri sampaikan solat pun aku boleh terlupa. begitu teruknya hambamu ini. aku bangun dan terus ke bilik air. Ada yang lagi penting dari memikirkan perkara yang tidak berfaedah itu. 


***************


Aku melihat suasana di kedai mamak pada malam itu. aku mencebik. tidaklah begitu ramai. aku melihat jam di pergelangan tangan. Terasa awal pula. aku mencapai cawan berisi tea'o panas dan menghirup dengan perlahan lahan. Aku mencapai telefon aku dan terus membuka mesej yang baru masuk sebentar tadi. Aku tersentak. Aku mencari kelibat lelaki itu. Mataku berhenti pada susuk tubuh yang berada dihadapan aku. Dia duduk berhadapan dengan aku ketika itu. aku melarikan pandangan ke tempat lain. Cuba mengawal perasaan yang gelisah. 

" berani betul keluar sorang?" tanya lelaki itu.

aku membiarkan soalan itu tanpa jawapan. Mulut pula tiba tiba terasa berat ketika itu. Aku melarikan pandangan ke tempat lain. tidak sanggup memandang lelaki itu. Aku cuba tenangkan diri. menghembus nafas dengan perlahan.

" tak ingin dah nak bercakap dengan aku? benci sangat dah?" tanya lelaki iu mendatar.

Aku tersenyum sinis. 

" nampak ke? " tanya aku sambil tersenyum senget. 

Lelaki itu diam. merenung aku dengan pandangan yang tajam. Lama. aku tunduk. tak sanggup membalas pandangan itu. Dan akhirnya lelaki itu tergelak.

" dah tewas dengan pandangan aku? kenapa tak balas? takut?" perli lelaki itu.

Aku mengetap gigi. 

" kau nak apa lagi? tak boleh ke tak ganggu hidup aku ha?" ujar aku perlahan. 

"tak. aku nak kau. "

Aku diam. cuba menangkap kata katanya tadi. aku ulang balik ayatnya di kepala. Aku tersenyum. sinis. 

" lelaki ini memang tk pernah cukup satu eh?" tanyaku.

Lelaki itu diam. senyap. soalan aku dibiarkan tanpa jawapan. aku menyandar sambil melihat suasana di restoran mamak. aku cuba hilangkan rasa gemuruh ketika itu sambil mengetel lebihan dihujung tudung aku.

"aku dengan perempuan tu takda apa apa dah" ujar lelaki itu.

Aku kaku. kepala aku seakan tidak boleh bergerak. tak mampu bertentangan mata dengannya. aku cuba menghadam perkataan yang diberikan olehnya tadi. aku menelan air liur. 

" woi." panggil lelaki itu.

aku cuba berlagak tenang. dengan perlahan aku memandangnya.

"apa?" 

"don't pretending like you don't hear what i'm talking about, yana" 

"about what?" tanyaku. berpura pura seakan tidak dengar.

" aku cakap aku takde pape dah dengan perempuan tu.

" so? " tanyaku polos. saja ingin melihat reaksi lelaki itu.

" i want you back " ujarnya.

Aku tergelak. senangnya dia bercakap.

" kau ingat aku ni benda ke? takde perasaan? kau ingat aku ni boleh guna bila nak, simpan bila tak perlu? macam tu? " tanyaku sambil mengawal amarah terhadapnya.

Lelaki itu diam. Merenung tajam ke arah aku. 

"bukan ni ke jawapan yang kau nak dengar selama ni?" tanya lelaki itu.

"kau ingat aku letak harapan dekat kau ke? berharap yang kau akan tinggalkan perempuan tu and balik semula dekat aku? macam tu? kau pikir aku macam tu?" tanya aku seakan tidak puas hati.

Lelaki itu mengangguk. mukanya jelas tidak ada langsung perasaan bersalah. 

Aku tersenyum. sinis sekali. Lelaki itu melihat aku tanpa berkelip. menunjukkan wajah yang pelik.

" buat benda fikir dulu. jangan main terjah je. kau dah besar ezr. kau boleh fikir baik buruk. "