<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3504496018675322243\x26blogName\x3dmy+incomplete+story.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://aimanhanis.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aimanhanis.blogspot.com/\x26vt\x3d2408252855250692602', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
salahkah aku untuk....
Monday, 14 November 2016 2 comments



Termenung sebentar..

aku duduk berhadapan dengan laut biru yang terbentang luas. angin sepoi bahasa dan cuaca pula agak mendung. memang masuk dengan hati aku yang sedang berombak kencang dipukul dengan perasaan yang keliru. setiap kali aku menarik nafas, rasa sakit dan sesak sekali. aku cuba bertenang. usaha untuk tidak pecahkan tembok air yang sudah berada di hujung mata. tidak sampai seminit, aku tewas. tewas dengan air mata sendiri. aku cuba memujuk diri sendiri. mengusap dada yang sarat dengan kesakitan. untuk kesekian kalinya, aku cuba mengawal pernafasan yang tidak teratur ketika itu. 

" kakak !! " 

aku tersentak. aku mengelap air mata dengan pantasnya. aku menoleh sambil tersenyum. sempat lagi aku merasa, sakit jugak untuk tersenyum. kesannnya turut rasa dihati. tabah wahai hati.


" kenapa?" tanyaku.

" jomlah kakak, kita main pasir" ajak adikku sambil menarik tangan aku.

"pergilah. kakak tak larat nak jalan lah" bohong ku. 

" ala kakak nii, jomlah " pinta adikku sambil merengek rengek.

aku sepak apa tak dapat kang budak ni.

"ha iyelah. pergi dulu. nanti kakak datang" ujar aku.

"yeay. adik nak pergi situ. nanti kakak datang taw" ujarnya sambil berlari.

"haa jangan main jauh jauh" jeritku.


aku melihat setiap perilaku adik aku, lara. Dia gembira bermain dengan seorang diri. Jatuh sendiri pun boleh ketawa berdekah. Bahagianya hidup lara. kan seronok kalau hidup aku begitu. tak perlu kisahka sesiapa. tak perlu nak jaga hati sesiapa. tak perlu nak jaga perasaan sesiapa. jaga hati sendiri dan diri sendiri saja. tapi lumrah hidup. hidup dah ditakdirkan untuk berpasangan. aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan melepaskan dengan begitu berat sekali. kenapa aku perlu rasa perasaan ni? kenapa perasaan ni begitu menyakitkan? kenapa? aku menyoal tapi jawapan langsung tak dapat. buang masa jugak. aku tersenyum sinis. sama jugak bila teringatkan kau. buang masa jugak. 

" dah puas melayan perasaan sendiri?"

aku menoleh mencari empunya suara dan terkejut. aku cuba mengawal debaran di dada. 

" aku terkejutkan kau ke? " tanyanya.

Aku tersenyum sinis. aku membuang pandangan kehadapan. memejam mata mencari kekuatan untuk memulakan kata. dan, aku membuka mata perlahan lahan sambil melepaskan perasaan bengang.

" kau buat apa kat sini? " tanya aku. 

" tak boleh ke nak ubatkan rindu kat hati ni?" ujarnya.

senangnya bila dia berkata. terlalu senang. begitu juga senangnya dia mengambil hati aku. dan aku juga terlalu senang bagi hati aku kat dia. siapa yang bodoh? sekali lagi, aku tersenyum sinis.

" kenapa senyum macam tu? tak percaya?" tanyanya.

dulu boleh saja aku nak percaya kata manis kau tu. sekarang aku ragu ragu. dengan hati sendiri pun aku boleh ragu ragu inikan pulak kata kata manis kau tu.

" saja. takkan nak senyum tak boleh?" ujarku.

"boleh. tapi kau kene ingat, senyuman tu yang buat aku tak tidur malam" ujarnya bersahaja.

sekali lagi. tepat kene kat hati aku. tapi kena kat hujung. tak rasa getarannya sangat. sebab kemungkinan ayat ni jugak dia guna kat penghuni hatinya yang baru itu. aku ketawa kecil.

" pandai. " kata aku.

keningnya mengherot tanda apa maksud ayat aku sebentar tadi. 

" pandai buat ayat. tapi maaflah, ayat kau takde kesan kat aku. hati aku dah kering" jujur aku.

Lelaki itu tersenyum. Manis. sepertimana pertama kali aku melihat dia tersenyum begitu. senyuman itu jugak yang membuat aku tidak tidur malam. persis katanya. 

" sebab aku ke hati kau kering?" tanyanya.

aku melopong sebentar. rasa nak tepuk tangan dan tepuk kepala dia sekali. boleh tanya lagi sebab siapa. dah tahu buat tanya. aku mengawal perasaan marah. sabar hati. nasib kau pernah sayang kat lelaki noob macam dia. 

" kau boleh agak siapa. " ujarku pendek.

" aku dah cuba. aku cuba bagi kita masa. aku taknak benda ni jadi terlalu awal. jawapan hati aku sama je dengan kau. cuma sekarang aku taktahu kenapa boleh tersasar macam ni. " ujarnya.


sekali lagi hati aku sakit. 

" nak tahu sebab apa?" tanya aku.

" sebab kau senang berubah hati. lagi lagi dengan orang yang aku percaya pulak tu." tambahku.

Lelaki itu terdiam. dia cuba mencari ayat.

" dahlah. aku datang sini nak tenangkan hati aku. tapi kau pulak menyemakkan kepala aku. "

lelaki itu tersenyum.

"asal?" tanya aku tak puas hati apabila melihat senyuman sinisnya itu.

" dari start kau duduk sini sampai kau bangun, aku tengok tak tenang pun" katanya.

Aku tersentak. 

"apa maksud kau?" tanyaku.

" kau menangis sebab aku kan tadi" tanya dia sambil tersenyum.

Aku terdiam. terdiam melihat senyumannya itu. terdiam sebab tak mampu untuk nyatakan jawapan kepada soalannya tadi. 

Aku terus meninggalkannya keseorangan dan terus mendapatkan lara. aku memujuknya supaya pulang ke rumah. Semakin lama aku duduk disitu, semakin tidak keruan jadinya. Lain rancang, lain jadinya. aku perlu bergegas pergi dari situ. sempat lagi aku mencuri memandangnya dan secara tidak sengaja, mata kami bertaut sebentar. aku menoleh dan terus tanpa aku sedar, air mata aku jatuh. hati rasa tidak kuat melihat mukanya yang seakan meminta simpati.