<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3504496018675322243\x26blogName\x3dmy+incomplete+story.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://aimanhanis.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aimanhanis.blogspot.com/\x26vt\x3d2408252855250692602', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
answer
Monday, 6 February 2017 0 comments











My opinion..


Matang; apa kau faham tentang matang? No no, apa yang AKU faham tentang matang? Okaylah be fair lah, apa yang korang faham tentang matang ? and the result is, Kebanyakan jawapan yang aku jumpa semua bergantung pada umur. [bila umur semakin meningkat, makin matanglah diri seseorang tu] [cuba bersifat dan bergaya seperti orang dewasa] [wajah yang tak padan dengan umur] what the?

Bagi aku, okay aku tekankan sekali lagi, bagi AKU jawapan yang atas tu langsung tak masuk dengan definisi matang. Actually, itu semua jugak jawapan aku dulu kalau ada orang tanya aku maksud matang. Tapi sepanjang drama yang aku dapat, satu satu yang aku jumpa, yang aku rasa, makin terbukak mata ni and makin sedar yang jawapan atas tu salah. Aku bukan nak cakap yang aku ni matang. Tidak and jauh sama sekali. Cuma, aku tengah belajar untuk menjadi matang. Masih belajar. And banyak benda lagi aku kene belajar. And jawapan berdasarkan kajian yang aku cari and tanya daripada orang yang berpengalaman;


1-    Meminta maaf dan memaafkan.


Dulu, aku paling liat nak minta maaf. Ya, orang cakap dah buat salah minta lah maaf.  Bukan susah pun. Bukak mulut pastu cakap, saya minta maaf. And then terpulang dekat dia nak maafkan. Itu yang aku ingat lagi. Bukan lupa siapa yang bagitahu Cuma biarlah menjadi rahsia. Tapi lepas satu eksiden, and someone told me,
-         ‘ kau lepas ni rajin lah mintak maaf kat orang. Well, kadang kadang kita ni buat salah tanpa sedar. Salah tu paling senang keluar dari mulut. Lidah tu nak dbandingkan tajamnya dengan pisau, lidah lah menang. Kita jangan nak harapkan kesalahan datangnya dari perbuatan, bukan cakap takde, ada je orang/kita BUAT salah Cuma paling banyak and tanpa sedarnya dari mulut la. Kalau yang jenis cakap lepas tu memang tak boleh kata apa. dia boleh sedar diri. Kalau boleh la. Kalau. Tapi for me , better always said sorry kalau kau nak tenang. Even kau ada salah or takde. rajinkan mulut minta maaf. Mybe kau akan tenang. Aku tak janji tenang tu untuk forever sebab bagitahu aku, manusia mana yang tak pernah lari dari buat kesalahan? At least kau dapat rasa tenangnya lepas minta maaf.

Minta je maaf even kau takde salah. Mintak je maaf. Dari situ kau boleh nampak and belajar jadi orang yang matang. Bukan nak suruh kau bangga diri, kau boleh belajar jadi ikhlas tu macam mana. Situ jugak kau boleh belajar. Aku tahu susah nak minta maaf kalau salah and lagi susah nak minta maaf walaupun kau takde salah and kau betul. Tapi, cuba kau buat. Why not kan? Mulai hari ini, bila kau bergaduh dengan orang, kau cuba jadi orang pertama yang minta maaf. Walaupun kitta betul, apatah lagi bila kita salah. Seriously, kita tak rugi apa apa pun. Tapi kau akan dekat dengan kematangan diri. Trust me.

 Aku taknak bagitahu apa yang kau akan rasa. Buat dulu, mesti kau akan rasa something. Believe me, tak teruk pun. Dari situ jugak kau boleh belajar turunkan ego kau. Kau minta maaf, banyak benda kau boleh belajar and dapat. Sama je memaafkan orang. Yang tu paling susah gila kau nak buat. Serious talk. Yela, kadang kadang. Mungkin or tak. Kau disakiti oleh someone ke. And kau disakiti sampai kau mengalir air mata tanpa dia sedar or memang dia tak sedar pun kan. Mana nak tahu, mungkin susah kau nak maafkan dia even dia dah mintak maaf. Atau pun tak hm *senyum sinis  tapi kau dah besar, kau boleh fikir. I know, bukan senang nak memaafkan, apatah lagi yang mengulangi kesilapannya berpuluh puluh kali ataupun kesilapan yang dilakukan oleh orang yang kau sayang. Jika tak mampu memaafkan, at least cubalah. Tapi kau kene ingat. Memaafkan tu adalah perkara yang lebih baik.

 Tapi aku nak kau ingat, dalam dunia ni, benda yang susah ialah meminta maaf walaupun kita salah, benda yang lagi susah meminta maaf walaupun kita betul. And last, benda yang paling susah gila ialah part nak memaafkan orang. So, belajar and faham. Selalunya orang matang selalu buat macam tu. *wink ‘

Thats why aku tak takut nak minta maaf berulang ulang kali. Sebab aku tahu, siapa betul siapa salah. Cuma aku letak tepi je dua tu. Aku taknak pentingkan diri. Persetankan orang nak cakap apa. diorang tu penakut. Takut nak minta maaf. And aku cuba tak jadi macam tu. I’m not afraid of being different but i’m afraid of being the same as everyone else.




2-    Faham. Diri dia or kita


Part ni paling aku suka. Aku nak selalu orang faham aku. Nak sangat orang tahu and rasa apa yang selalu aku rasa. Apa benda yang aku lalui setiap hari. Apa yang aku rasa setiap hari.
‘ please la hanis. Bukan kau sorang je ada masalah. Orang lain pun ada. Lagi teruk dari kau. But please, orang tak matang je nak buat macam tu. Kau kene tahu, perkara tu yang kau sebut tu mustahil dalam dunia ni. Kita takkan pernah selamanya dapat apa yang kita nak, apatah lagi dengan semua manusia di dunia ni. Simpan dalam2 bende tu. Aku tahu, kau banyak dah faham orang, tapi orang tak pernah faham kau. How poor you dear, kuatkan hati. Like i said, kita takkan pernah selamanya dapat apa yang kita nak.

Bila kita matang, orang ajak kita bergaduh, kita tak cepat melenting atau marah. sebab kita terfikir betapa orang yang ajak kita bergaduh tadi tu, memang tak matang. Kalau dilayan, maka kesianlah dia, juga kita sama sama tak matang macam dia.
And bila kita ajak orang bergaduh dan orang tu tak layan ajakan kita tadi bukan bermakna dia takut dengan kita, tapi dia matang. Mungkin dia sedang meraikan kelemahan kita yang menkhinzir buta dalam tindakan, tak fikir panjang pun.
‘ Look hanis, ada situasi, kita kena faham orang. Kene mengalah. Ada situasi kita kene pentingkan diri sendiri. Bila kita matang, dan BETUL BETUL KENAL DIRI SENDIRI, MAKA KITA AKAN PANDAI CORAKKAN DIRI KITA, SAMA ADA  MENGALAH ATAUPUN JAGA HATI SENDIRI. But i know you, kau akan sentiasa mengalah kan? Sebab ada orang tak suka perempuan yang jenis keras kepala. Sayangnya kau kat dia. ‘  * yes. This is the point *
 ‘ And one more hanis, tepuk dada tanya selera. Adakah kita ni tak pernah tak mencuba memahami orang lain, raikan mereka atau kita nilah yang manusia yang banyak orang yang faham kita? Ingatlah, dunia ni umpama roda. Hari ni kita faham, besok orang faham kita. Hari ini kita mengalah besk orang pulak akan mengalah. Hari ini kita mintak orang faham kita. Besok orang pula akan mintak faham diorang pulak. Jangan marah kalau kita dicaci, direndahkan mahupun dihina. Mungkin roda kita sedang berputar. Zaman zaman kita yang mencaci merenahkan dan dihina itu sedang berpusing ke bawah. Percaya je lah kifarah tu wujud. Senang ‘
And i was like yeah you right mrs anonymous.



3-    Tidak lari daripada masalah.


Masalah dicipta bukan untuk dijauhi. Juga bukan untuk didekati. Tapi masalah dicipta untuk dihadapi, untuk diselesaikan. Tapikan. Siapa suruh cari masalah. Kan dah jadi satu bebanan. Hmm * wondering
Kadang kadang orang matang ni, air mukanya tenang, perangainya pun tampak tenang and sentiasa happy go lucky, tapi kisah hidupnya basah dipenuhi titisan air mata.
Orang yang matang dia memandang masalah sebagai satu rahmat. Sebagai medan untuk memantapkan diri, musahabah diri dan lain2. Tapi untuk orang yang tak matang ni, dia mencipta masalah yang lain pulak daripada masalah yang sedia ada. Malah dia juga menjadi masalah kepada orang lain. Aduhai. Masalah betul *sigh


 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semuanya datang dari sebuah pengalaman. Pengalaman mendewasakan kita. Ya benar. Kadang kadang pengalaman diperolehi daripada peristiwa peristiwa kehidupan kita yang begitu pahit dan memedihkan. Kadang kadang sebaliknya. Dari pengalaman juga, terselit rasa takut.






What do you mean with ‘ takut ‘  ?
Kisah apa orang nak cop aku sebagai penakut or what. Ya, memang aku penakut. Tapi aku bukan takut untuk semua perkara. For certain things. Kalau aku tak takut, aku takkan kisah kalau aku hilang kau. Hilang orang yang aku sayang. Sebab ramai lagi dalam dunia ni yang boleh aku cari. But naaa naaa, hanis. be matured please. aku tak takut dekat kau. Tapi aku takut hilang kau. Sebab? Aku sayang kau. Up to you kalau nak percaya ke tidak. Sebab aku bukan sembang kosong. Sembang penuh bro penuh * tepuk belakang tangan macam gaya luqman podolski
And aku cepat mengalah. Sebab? whats wrong with you man? Wadup bro wadup sisto haa * raver raver dah shh eh hahahaha okay back to the topic Aku Cuba nak jadi matang. Sampai bila nak keras kepala, nak pentingkan diri? Daripada aku simpan perangai tu, baik aku belajar mengalah. Sebab salah seorang kene mengalah jugak kan? So that me. Kau jugak cakap kau tak suka perempuan yang keras kepala. And aku cuba belajar tak jadi macam dulu. Kau kene bersyukur. Sebab dulu aku kejam. And wups * tutup mulut. Hahahahahahahahahahahhahahahahaha
Hm. Lembik? Ya aku lembik. Lembik gila but bukan macam sotong. Sotong tu lembik nak mampus. Kita pakai kucing lah eh. Awak, saya perempuan. Saya sensitive. Saya cepat tersentuh. Saya suka menangis. Hobi saya menangis. Saya mudah terasa. And saya bukan lelaki. Awak nak expect hati saya keras macam batu? Hati keras? Takde hati mati saya. Takde hati tak sayang saya kat awak.  Kalau saya macam tu sakit awak nanti. Tak terkiralah berapa kali sakit. Berapa kali pujuk hati sendiri. Alah sakit sape je lagi nak pujuk melainkan diri sendiri. Kan? Yedok? But biarlah. Sebab? sayang. Ya, i know, awak nak tengok saya penatkan? In your dream. Memang penat menangis tapi dah biasa. And takde harga pun semua tu. For me lah. Untuk awak lain. And untuk semua orang pun lain. Mana ada sama. Kan? Hehehe. Lantaklah, orang cakap saya ni memberi tanpa menerima ke apa ke, sebab saya tahu, you have you own reasons. Dan saya cuba perlahan lahan faham sebab awak tu. Because i love you, you fool. Moron’. Love you. Damn much. Yes, and it’s true.